Kulim Visakha Cooperative Directors 


About Us

Koperasi Visakha Kulim Kedah Berhad

UCAPAN PENGERUSI
Selamat datang ke Blog Koperasi Visakha Kulim Kedah Berhad. Saya Vengkatasal Rao Nookaiah selaku Pengerusi Koperasi Visakha Kulim Kedah Berhad mengalu-alukan anda ke Laman Blog Koperasi kami.

Saya berpeluang mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Koperasi ini menawarkan perkhidmatan pelaburan dan pinjaman. Koperasi berharap dapat membantu ahli-ahli mempertingkatkan taraf kehidupan sejajar dengar pembangunan ekonomi negara. Saya amat berbesar hati dan dengan sukacitanya mengalu-alukan anda semua ke Laman Blog kami. Sesungguhnya kesudian anda melayari Laman Blog ini amat bermakna bagi kami dan saya berharap agar segala maklumat yang telah disediakan dapat memenuhi kehendak dan keperluan semua selain dapat memainkan peranan dengan berkesan di dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti yang dijalankan di Koperasi Visakha Kulim Kedah Berhad ini. 
Sekian, terima kasih. -Vengkatasal Rao Nookaiah-


LATAR BELAKANG KOPERASI
Koperasi Visakha Kulim Kedah Berhad telah didaftarkan pada 4hb Jun 2006, di Kulim Inn, Kulim Kedah. Koperasi ini telah dipersijilkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan No Pendaftaran : K-4-0385 dengan keahlian seramai 100 orang.

Koperasi ini ditubuhkan dengan satu aspirasi bagi memberi keutamaan pada kebajikan ahli dengan meningkatkan daya saing dalam sosio-ekonomi. Menjadi satu tonggak didalam kegiatan ekonomi ahli dalam meransang aktiviti yang memberi pulangan bagi realistik serta boleh dicapai. Dalam menjalankan aktiviti ekonomi bagi pelaburan, Koperasi memastikan risiko adalah rendah dan sederhana tetapi mencapai tahap pulangan maksima yang diterima. Dengan ini taraf kehidupan ahli-ahli dapat dipertingkatkan sejajar dengar pembangunan ekonomi negara.

Koperasi ini telah ditubuhkan oleh Dato' P.Balaram. beliau adalah seorang tokoh koperat iaitu Pengerusi MCIS Zurich Insurance & Vise Chairman NLFCS pada ketika itu. Beliau amat berpengalaman dalam bidang pelaburan dan insuran.

Keanggotaan Koperasi Visakha Kulim Kedah Berhad terbuka kepada Kaum Telugu berwarganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lahir atau menetap di Utara Malaysia (Kedah, Pulau Pinang & Perlis).







No comments:

Post a Comment