Permohonan Menjadi Anggota
Untuk menjadi anggota koperasi mestilah:-
- Terbuka kepada Kaum Telugu berwarganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lahir atau menetap di Utara Malaysia ( Negeri Kedah, Pulau Pinang & Perlis ).
- Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM510.
- Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi.
- Borang keanggotaan boleh didapati di koperasi ataupun boleh dimuat turun dari Laman Blog ini.
- Permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan.
- Semua permohonan akan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keanggotaan.
- Kelulusan permohonan menjadi anggota akan diberitahu secara bertulis.
Kelebihan Ahli
Kelebihan menjadi anggota koperasi ialah:-
- Mendapat keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi
- Nikmati faedah yang Tinggi dengan skim pelaburan Koperasi
Pemberhentian
- Menurut peruntukan aturan Undang-Undang Kecil Perkara 20 dan 21 seseorang anggota akan hilang kelayakan sebagai anggota jika dalam masa menjadi anggota dia:-
- Hilang kewarganegaraan
- Hilang keupayaan dari segi mental
- Bankrap
- Disabitkan atas satu kesalahan boleh daftar
- Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan:-
- Meninggal dunia
- Menarik diri menurut Undang-Undang Kecil 22
- Dibuang menurut Undang-Undang Kecil 23
Yuran
Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM10 Fee masuk dan RM500 sebagai syer.
No comments:
Post a Comment